Terima kasih kerana menyumbang bagi memastikan kelangsungan tenaga negara.

Soal Selidik Penggunaan Elektrik ini dijalankan oleh Single Buyer, sebuah jabatan ring-fenced di bawah Tenaga Nasional Berhad yang ditadbir secara bebas. Tujuannya adalah bagi mengumpul maklumat mengenai penggunaan elektrik rumah dan syarikat di Semenanjung Malaysia. Maklumat yang dikumpulkan akan digunapakai bagi meramal jumlah penggunaan elektrik negara di masa hadapan, terutamanya dengan kemasukan Kenderaan Elektrik dan Solar PV serta inisiatif berkaitan kecekapan tenaga.

Berminat untuk menyertai soal selidik ini? Daftar dibawah:

Daftar

Maklumat yang anda kongsikan akan memastikan bahawa jumlah tenaga elektrik yang dijanakan oleh negara ini mencukupi untuk masa hadapan.

Single Buyer boleh merancang untuk memastikan jumlah elektrik yang cukup akan dijanakan untuk semua rumah dan syarikat di negara ini dengan memahami penggunaan tenaga sebenar dan mengumpul maklumat mengenai trend masa hadapan. Ini akan memastikan masa hadapan elektrik negara akan terjamin.

Sekitar Media Sosial

Bantu kami menjamin masa hadapan tenaga negara dengan mengambil bahagian dalam Soal Selidik Penggunaan Elektrik 2021